BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 16, 2010

Pilihan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kita hanya diberi dua pilihan selepas mati oleh ALLAH iaitu,
syurga atau neraka,
makanya,
taat atau derhaka,
tetap jua perlu dipilih secara mutlak semasa hidup ini.

Friday, December 10, 2010

Monolog 2

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Dan tiada lah yang lebih baik melainkan ALLAH dan syahid!"

********

ayuh teman memburu syahid di sisi ALLAH

monolog 1

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

eh, kadang-kadang 'tidak' itu lebih sempurna mengambil tempat 'ya' bagi persoalan ini.
itu, ini dan sebagainya perlu kepada pertimbangan 'tidak' jua walau dalam apa-apa cara yang telah dihadapkan. 

Tuesday, December 7, 2010

Nak Jadi Baik Lorhh

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Heyyy~
Aku nak jadi baik lorhh..
Kau bleh pergi main jauh2 tak setan?
Kau pun bleh tak pergi main jauh2 jugop hah?
Kau dengan dia nihh sama jehh~
Aku sekeh gak setan2 dgn thagut nihh!
Aishhh~
Auzzubillahiminal syaitonnirojim
Fuh.fuh.fuh

Tuesday, November 23, 2010

Bala Dulu vs Bala Moden


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Penyayang

1. Suatu ketika dahulu:

Namrud Dengan Tentera Nyamuk

Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: 
Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada mereka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. 

Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk tempang sahaja untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Namrud merasa sakit dan mengarahkan rakyat yang menghadapnya mengetuk kepalanya dengan kasut. Bila diketuk dengan kasut dia berasa lega. Akhirnya nyamuk tempang itu memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT.  Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.


2. Pada ketika ini:

Korban Denggi Cecah 125 Orang    
(BERITA HARIAN, Isnin, 22 November 2010)

Kuala Lumpur: Ancaman wabak denggi di negara ini semakin serius selepas jumlah angka korban sehingga semalam terus meningkat mencecah 125 mangsa, peningkatan 60% berbanding 77 kes kematian dalam tempoh sama tahun lalu.Dua kematian terbaru dicatatkan semalam membabitkan mangsa dari Sandakan dan Tawau, Sabah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata jumlah kes denggi dilaporkan turut meningkat 18 peratus tahun ini kepada 42,659 kes sehingga 18 November lalu berbanding 36,135 kes dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, peningkatan itu tidak selari dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan mengurangkan kes denggi sebanyak 10 peratus setiap tahun melalui pelbagai pendekatan mencegah, selain meningkatkan kesedaran orang ramai dan pengamal perubatan.

“Wabak denggi dalam negara kita semakin serius. Bilangan kematian begitu tinggi dan kita tak boleh lambat mengambil tindakan dengan kerjasama semua pihak. Doktor, pengamal perubatan swasta dan klinik kerajaan perlu mengenalpasti tanda-tanda denggi lebih awal dan memberi rawatan segera,” katanya di sini, semalam.

***********************

Maksud bala ialah ujian atau cabaran yang menimpa seseorang di mana jika dia seorang yang beriman maka bala atau ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kesabaran dan keimanannya kepada Allah sehingga dia mampu lahir sebagai hamba Allah yang sentiasa redha dengan apa yang berlaku. 

Bala yang menimpa umat yang kufur kepada Allah pula antara lain bertujuan agar dia kembali beriman dan  seterusnya bertaubat daripada kekufuran sehingga dia kembali menjadi hamba Allah yang diredhai atau pun dia bertambah kufur dengan apa yang menimpanya sehingga dia menjadi umat yang rugi di dunia dan akhirat.

Jadi, penulis pulangkan kisah ini kepada pembaca untuk menilai. ALLAHUALAM


Saturday, November 20, 2010

Hidup Dalam Kematian atau Mati Dalam Kehidupan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Penyayang

boleh tak nak kata,

"bersiap je lah menanti kematian"

bukankah itu lebih baik, daripada memikirkan masalah hati yang entah apa-apa.

"Nabi Muhammad pernah ditanya. mengenai siapakah yang paling bijak , baginda menjawab: orang yang bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian"

hah~ amik ko! bedebuk kena..dah tu, apa lagi nak kena buat?tak faham-faham? tu dah ada saranan daripada Nabi Muhammad, xnak ikut..lepas tu sendiri nak merana. agak-agak best lahh kan!

degil lagi? nah amik ayat Quran:

ALLAH telah berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan." (Al-Anbiya`: 35 )

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
"Di mana saja kalian berada, kematian pasti akan mendapati kalian, walaupun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh." (An-Nisa`: 78 )

bagaimana menyiapkan diri dengan kematian?

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu, Beliau berkata, "Ad- Daqqaq berkata, 'Siapa yang banyak mengingat mati, ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: bersegera untuk bertaubat, hati merasa cukup, dan kuat dalam beribadah. Sebaliknya, siapa yang melupakan mati ia akan dihukum dengan tiga perkara: melewatkan taubat, tidak ridha dengan perasaan cukup dan malas dalam beribadah. Maka berpikirlah, wahai orang yang tertipu, yang merasa tidak akan dijemput kematian, tidak akan merasa sekaratnya, kepayahan, dan kepahitannya. Cukuplah kematian sebagai pengetuk hati, membuat mata menangis, memupus kelezatan dan menuntaskan angan-angan. Apakah engkau, wahai anak Adam, mau memikirkan dan membayangkan datangnya hari kematianmu dan perpindahanmu dari tempat hidupmu yang sekarang?" ( At- Tadzkirah , hal. 9)

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullahu menjelaskan ayat di atas dengan menyatakan, "Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, dan lihatlah amal shalih apa yang telah kalian tabung untuk diri kalian sebagai bekal di hari kebangkitan dan hari diperhadapkannya kalian kepada Rabb kalian." ( Al- Mishbahul Munir fi Tahdzib Tafsir Ibni Katsir , hal. 1388 )

dah nampak kan mcm mana nak bersedia mghadapi mati?
dah la weihh~
hidup ini tak ke mana, kelak ketemu denganNYA jua.
cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita.
kalu nak cara mati yang baik, hiduplah dengan suasana yang baik!
ohkai~ ayuh! perbaharui iman.

teringat hadis rasullulah:
daripada Abu Hurairah katanya: bahawa Rasullulah bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para sahabat bertanya: wahai Rasullulah, bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda bersabda: perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illah (H.R Ahmad, Tabrani dan At-Targhib)

haa~ kalu sehari bleh amal satu hadis kan bagus! specially thanks to my senior, yang susah payah dapatkan kitab hadith ni..syukron ya akhi! ohkai, ayuh, rapatkan barisan jemaah. usah cuma berdiri di pinggir dakwah!

Lelaki Acuan Al-Quran


Lelaki acuan al-Quran, 
Basah lidahnya mengingati Tuhan, 
Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan. 
Lelaki acuan al-Quran, 
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan, 
Quran dan sunnah jadi panduan, 
Akhlak Rasullullah jadi ikutan. 
Lelaki acuan al-Quran, 
Hidup matinya kerana Tuhan. 
Dialah lelaki acuan al-Quran, 
Jadi teladan sepanjang zaman, 
Jadi teman di perjalanan...

amin.amin.amin. ayuh membentuk diri acuan Al-Quran