BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 6, 2011

Ciri-Ciri Orang Yang Terpedaya Dengan Nafsu dan Syaitan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Penyayang

"Merasa sedih kerana tidak melakukan ketaatan tanpa adanya usaha melakukannya adalah sebahagian daripada tanda telah terpedaya oleh nafsu dan syaitan"

Syeikh Ibnu Athaillah

Seseorang yang merasa menyesal dan kesal kerana tidak melakukan ketaatan, kemudian dia segera bangkit dan menebus kelalainnya tersebut dengan lebih bersemangat dalam meningkatkan ketaatannya, bermakna individu tersebut telah mendapat petunjuk ALLAH swt.

Namun jika individu tersebut menyesal dan kesal kerana tidak melakukan ketaatan, tetapi tidak segera bangkit dan juga tidak menyusuli penyesalan dan kekesalan itu dengan melakukan ketaatan, malah dia semakin jauh meninggalkan ketaatan, maka bermakna orang yang demikian itu telah terpedaya oleh syaitan dan hawa nafsu..nauzzubillah

Saturday, February 5, 2011

Palestin Jalan Ke Syurga

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Penyayang

عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ


Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”


Mengenangkan biah yang disyiarkan di Palestin, anak-anak muda sibuk berzikir. Batu-batu kelikir dikutip dijadikan tasbih, sebahagiannya disimpan sebagai peluru buat bekalan. Berapungan udara yang tidak sudah mengalunkan kalimah agung. Syahid mereka berbau syurga, mengulum senyum sambil jari menunjuk syahadah ke langit, roh itu pergi meninggalkan jasad. Dan di sampingmu adalah sebuah janji ALLAH yang tidak pernah mengecewakan. Subhanallah